Monday, July 30, 2012

Heart.

Masih mencari jawapan bagi soalan. Masa, bagi aku masa untuk lebih mengenali. :D
ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Sunday, July 29, 2012

:D

Jangan tanya bila aku makin menjauh. Tengkiuu :D
ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Thursday, July 26, 2012

Kawan | #01

Assalamualaikum and Hello Everybody! :D

Kawan.
Hanya satu perkataan yang mudah.
Tapi berjuta liku dalam mencari kawan yang betul-betul kawan. Dengan erti kata lain, kawan yang sejati. Susah senang bersama. Adakalanya kawan menjadi lawan dan sebaliknya. Pelbagai jenis kawan pernah aku kenal. Dan sedikit sebanyak aku mengenal mana satu permata dan kaca!

1)Tayang muka.
Ada bila mengalami kesusahan. Datang menagih simpati, mengharap pertolongan. Pergi bila masalah selesai dan biar kau terkontang kanting bila kau punya masalah.

#Dah boleh campak tepi kawan mcm ni.

2)Pandang harta.
Memilih kawan yang selayaknya bergaul dengan mereka. Memilih bulu.

#Harta tak bawak mati!

3)Ulat bulu.
Miang keladi! Berkawan hanya sekadar untuk melampias nafsu syaitan. Bila bunting, kau tinggal dia sendiri terkapai kapai. Kau seronok berjimba cari betina lain.

#Dia perkosa kau!

4)Mutiara.
Punya tempat istimewa dalam hati kau walau kau campak di antara benua, di lautan berapi, di puncak tertinggi, dia tetap disuatu sudut yang telah kau khaskan.

#sahabat sejati! :D




"You listen when I have a problem and help dry the tears from my face. You take away my sorrow and put happiness in it's place"

ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

We Dip You Drip

Assalamualaikum and Hello Reader! :D

Okayy, pagi tadi ada class Advertising and Madam Renu suruh kami applykan Ice Cream sebagai produk.. So, bla bla bla cerita pung pang pung pang pasal Histroy Ice Cream, and bla bla bla... Bab gebang ni memang nombor satu.

Dah, cukup! bukan pasal tu aku nak cerita tapi pasal hmm. .  hmmm. . . "Wa nak makan ice cream lah!!"
Lagi lagi dalam bulan puasa ni, tekak kering je.. Kalau lah dapat, pehh nikmatnyaa! hihihihi *tapi wa sakit tekak,bedal jelah*


Ice Cream kesukaan wa!!
 i want this! can i?? please!! :'(




ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Sunday, July 22, 2012

Kuat.

Oh Allah the Almighty, Please make me stay strong for this Ramadhan! Banyak nya dugaan. :'(
ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Saturday, July 21, 2012

Happy Fasting!

Assalamualaikum and Hello Everyone!

Alhamdulillah, hari ini bermulalah seluruh muslimin dan muslimat berpuasa.. Syukur kerana aku masih bisa menemukan Ramadhan kali ini. Kali ini, kali kedua aku berpuasa tanpa keluarga tercinta. Puasa sebagai anak perantauan yang menuntut ilmu dilembayungan negeri orang. Ku himpunkan 10 jari memohon kemaafan pada kalian, sama ada di sengajakan atau tidak. Segala yang baik datangnya daripada ALLAH S.W.T dan segala yang buruk datang daripada hambaNya yang lemah ini. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA KALIAN SEMUA.




11 Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadhan



1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.”  Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?”  Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”  (HR Muslim)
 2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”  (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””.  (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi. 
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.”  (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.”  (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”  (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.”  (HR Bukhari & Muslim) 
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”  (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.”  (HR Bukhari & Muslim)








Dari Hati Mira :
Tulus ikhlas ku sampai kan entry ini.. :')




ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Sunday, July 15, 2012

Thanks!

Sesak jiwa mengenali kamu jika pengakhirannya begini. Tapi aku akui, semua rancangan Allah.
ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Friday, July 13, 2012

Hello Semester 3!

Assalamualaikum and Hai Guys!


Dah 3 hari menetap dekat Poli ni. Yeahh, masih tak terlambat lagi kan nak kata 'Welcome Back To Politeknik Muadzam Shah'.. Hooo, rindu Poli.. Puihhh.. hehehhe.. Oke, rindu kawan kawan saya.. Dah puas dah gosipping dengan mereka mereka semua..Kihkihkih.. So, naik ni dah semester tiga. Pejam celik pejam celik dah sem 3, rasa macam baru hari tu masuk pendaftaran sem 1.. Sebenarnya, takut nak naik sem 3 ni, eh bukan takut, tapi tak tau nak hadap macam mana.. Hope semua nya nanti akan oke. Fyi, jabatan kami terima lebih kurang 84 orang pelajar junior. Kalau tak silap lah.. Huhuhu.. Wahh, makin meriah jabatan ni nanti kan.. huhahuahauha... Bangga kejap jadi senior! ^^,


Ni senarai subjek untuk semester tiga.
-
AE301 - Communicative English 2
AA301 - Islamic Civilisation
AS101 - Soft Skills
AW101 - Occupational Safety and Health 1 
VG301 - Typography 2
VG302 - Interactive Media
VG302 - Advertising 1
VG304 - Corporate Identity Design



Dari Hati Meraa :
Goodluck untuk semua kawan kawanku.



ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Tuesday, July 10, 2012

Say Goodbye!

Assalamualaikum and Hai Readers!

Ada 6 jam lagi masa dekat rumah ni. Oh, tak sanggup. Tadi masa packing barang, meleleh air mata. Satu sebab sedih nak tinggalkan family, one more thing sebab dia. Ahh, benci nak ingat dia! Pahang dah kata mari, Johor dah kata pergi, syuhh syuhh.. *kejam*


Aku penat nak menangis sebenarnya, tapi meleleh jugak.. haishh, degil! Tengok la besok pagi, gerenti boleh tadah satu baldi air mata.. hehe.. Mak, kita tak nak balik sana. *hentakkaki*.. Kalau kat rumah,lapar ada makanan! Kat sana lapar, kena beli.. Habis lah duit! Kita makan banyak!! Mak, kat sana tak boleh bangun lambat lambat.. Kat sana tak tidur! Kat sana internet lambat. Hurmee! :'(

Mak, jaga diri.. Kita tak dapat nak tengok tengok kan mak dengan bapak lagi.. Jaga diri tau.. Raya nanti baru dapat jumpa lagi. I'll miss you mom!




Dari Hati Mira :
Bye Pontian,! Banyak memori aku tercipta disini.. *lap air mata*



ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Sunday, July 8, 2012

Pahang in 2 More Days!

Hai and Assalamualaikum Guys!

How are you today? I'm fine. Yeahh, moga masih terus dibawah lembayung rahmat Allah.. 

2 more days I come here!

Tak prepare apa-apa lagi, tak packing barang lagi,. Sedih sebenarnya nak balik, tapi terpaksa balik jugak.




Dari Hati Mira :
Pontian, aku akan merinduimu!






ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Sunday, July 1, 2012

Entry Bergambar




ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ