Monday, June 10, 2013

Menghitung hari | Welcome Back to Polytecnic



Tinggal beberapa hari lagi sisa-sisa cuti semester di rumah. Oh, demm! Sangat malas untuk naik semester 5. Yeah, naik ni dah semester 5. Cepatnya masa berlalu, macam baru semalam daftar masuk semester 1. Dan yang pastinya semester 5 ni makin mencabar mental dan fizikal. 

Antara subjek semester 5 :
Communicative English 3
Occupational Safety and Health 2
Event Management
Web Design
Packaging Design
Advertising 2
Motion Graphic


Subjek-subjek yang agak mencabar bagi aku. Harap boleh bawak kesemuanyaa. Naik sem nanti dah puasa, sekali lagi puasa diperantauan. Hope everything gonna be okay.





Dari Hati Meraa :
Rindu LIMIU ♥ ♥ ♥



ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

seratushari

Genap seratushari arwah ayah pergi meninggalkan kami tapi masih terkesan dalam hati atas pemergian beliau.


Moga arwah ayahanda tercinta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.



Dari Hati Meraa :
Terima kasih untuk hadiah yang besar maknanya buat anakmu ini.

ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Aku, Dia dan Mereka | #02

Assalamualaikum semua.

Hari ni tetiba hati terdetik nak melawat belog yang dah sekian lama terbengkalai.
Maaf, kehidupan agak berbeza sekarang.
Dengan tiada ayah disisi.
Kesedihan masih berbekas dihati.


Aku telah pun habis menjalani latihan industri selama 5 bulan di Melaka. Sekarang berada ni rumah menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang tinggal. Alhamdulillah, hasil titik peluh diri sendiri dan hasil sokongan insan-insan tersayang membuahkan hasil keputusan yang membahagiakan. Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan yang lain.


Pengalaman bekerja selama 5 bulan amat berharga walaupun kadangkala sedikit stress dengan karenah pelanggan dan juga big boss. Pengalaman berharga yang akan aku ingati sampai bila-bila. Terima kasih AD Display Signcraft & Trading.




Melaka -  Muadzam - Kuantan
Fly away untuk beberapa hari yang memenatkan tapi menyeronokkan setelah berjumpa mereka.
Melaka - Muadzam : Present laporan latihan industri.
Mudzam - Kuantan : Having fun with them setelah sekian lama tidak berjumpa


sahabat 


sentiasa bersama tak kira apa yang berlaku. much love :*


terima kasih kalian untuk hari yang menggembirakan :)


terima kasih 



Dari Hati Meraa :
Sahabat susah senang sukar dicari 



ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Kelahiran Baru

26 Januari 2013
Lahirlah anak kecil bernama Muhammad Aliff Bin Jailani.

Anak buah yang keempat. Hyee baby Aliff, i'm your Mak Ucu..

Aliff masih dalam umur berapa minggu

Aliff 5 bulan. amboii, tecik-tecik da pandai posing eh. hihi




Dari Hati Meraa :
Mungkin kelahiran baru ini menambah sinar kebahagian sebagai pengganti kehilangan ayahanda tercinta buat kami sekeluarga. Al-Fatihah~



ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

Thursday, March 14, 2013

Tabahlah hati, Kuatlah semangat

Assalamualaikum semua.

Aku mencari sedikit masa untuk menulis entry ini. Mencari sedikit ketenangan untuk menari-narikan jari di keyboard.

7 March 2013, tarikh yang akan diingati sampai bila bila oleh segenap ahli keluargaku. Tarikh dimana mak kehilangan suami tercinta dan aku adik beradik kehilangan ayah tercinta. Bapak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.10 pagi. Saat kaki menapak masuk kedalam rumah, aku lihat sebujur kaku jenazah arwah bapak. Saat itu aku cuma harap itu semua mimpi. Aku lihat wajah sendu mak, kakak-kakakku, dan abang. Ya allah, aku harap ini mimpi. Aku lihat mereka bawa keluar jenazah untuk dimandikan, aku lihat kain putih diukur, aku lihat mereka mengkafankan, aku lihat mereka menyembahyangkan. Sebelum muka ditutup, sayu lihat wajahnya buat kali terakhir. Aku cium dahinya buat kali terakhir. Ya allah, sebaknya dada.

Sayu.
Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan pada waktu Asar. Kaki berat untuk meninggalkan bapak sendirian disana. Aku lihat mereka memasukkan keranda kedalam lubang kubur, aku lihat mereka menimbus tanah. Hilang. Terus hilang penglihatan aku dari melihat jenazah bapak! Hati meraung! Ya allah!

Terkilan.
Ya, terkilan sebab tak sempat jumpa bapak last week. Buat aku lagi terkilan bila mak cerita bapak tanya mana aku!

Mimpi.
Mimpi jadi kenyataan. Dan itu merupakan petunjuk. Dua kali mimpi buruk tp masih abaikan mungkin hanya mainan tidur tp akhirnya ia adalah sebuah kenyataan.

Gurauan.
Masa hayatnya, arwah bapak selalu bergurau dengan jiran sebelah iaitu Wak Timah yang aku anggap seperti nenek aku sendiri. Mereka selalu bergurau untuk meninggal sama-sama, dan kuburnya bersebelahan. Ternyata gurauan itu benar. Mereka menghembuskan nafas pada hari yang sama, dan kubur mereka bersebelahan. Cuma berbeza pada waktu yang berlainan. Ya allah, itu semua kuasaMU.

Hari ini genap seminggu arwah bapak dan arwah wak timah pergi meninggalkan kami. Aku masih terkesan dengan peristiwa ini. Kuatkan hati.

Terima kasih buat sahabat susah senang. Terima kasih atas doa yang tak putus putus dari kalian. Terima kasih atas segala kekuatan dan semangat yang dihulurkan. Sahabat dunia akhirat.

Maaf atas kebekuan diri ini. Perlukan masa untuk tenangkan diri dan kembali macam dulu. Maaf.




Pusara Ayahanda
Ya Allah, kau tempatkan lah Ayahandaku dikalangan orang orang yang beriman.


AL-FATIHAH KEPADA

AYAHANDA TERCINTA
ALLAHYARHAM SARUN BIN SARU
21/04/1942 - 07/03/2013

&

ALLAHYARHAMAH HJH FATIMAH





p/s : aku rindu! :'(


ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ