Inspirasi


Hai, korang mesti nak tahu siapa insan terdekat dengan aku. Yang always bagi aku semangat bila aku jatuh. Meh sini aku nak kenalkan. Firstly orang-orang terpenting dalam hidup aku adalah family.

*gambar sekadar hiasan*


Aku adalah anak bongsu dalam keluarga. Ramai kata aku manja, tapi takda lah manja melampau-lampau. Memang nak kena luku dengan parents aku.. Ayahanda kami, Sarun Bin Saru.. Keturunan Jawa, dan memang berasal daripada daerah Pontian..Ibunda kami, Jamilah Binti Hashim. Berketurunan Banjar dan berasal dari Ulu Tiram Johor..Anak first dalam family aku adalah akak aku, nama dia Haliza Sarun. Dia sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Second, Sarila Sarun. Ok, dia single lagi. Menetap di rumah, bersama kedua ibu bapa kami. Thirdly, ialah satu-satunya abg yang aku ada. Zainuddin Sarun. Dia menetap di Damansara, dan berkerja disana. Darah seni yang mengalir dalam badan aku ni ikut jejak dia, sebab dia pun ada darah seni jugak dalam bidang calligraphy khat. Dulu masa sekolah, dia rajin masuk competition seni khat dan dia selalu menang. Tak dinafikan memang cantik pon. Tulisan jawi aku, ohh buruk! hehe. Lepas abg aku, akak aku Ramlah Sarun pulak lahir.. For sure, aku rapat dengan akak aku yang ni. Kami jiwa remaja dan saling memahami. Sekarang dia stay dekat Wangsa Maju, dan bekerja di tengah-tengah ibu kota KL..Aku dengan dia punya hobi yang sama, suka berjalan dan bershopping! Lastly, lahirlah aku. Umira Sarun. uweeekkkk uwekkk...! LOL! haha.. Nama kami adik beradik semua nya simple-simple dan satu perkataan sahaja.. Senang nak disebut..haha.




Tanpa rakan-rakan, aku bukan siapa-siapa! Mereka orang kedua terpenting dalam hidup aku selepas family. Oke, meh cerite pasal kawan-kawan rapat aku pulak!





Mereka bertiga adalah teman rapat aku dibangku sekolah. Kami sentiasa berempat, selalu bercerita. Dan always buat bising dalam kelas..hehe..Gambar first, nama dia Marahaini Fatin. Sekarang dia study dekat Uitm Alor Gajah Melaka. Gambar kedua, nama dia Siti Aminah. Sekarang dia study dekat Politeknik Ibrahim Sultan, JB. Sama course dengan aku. Gambar last sekali, nama dia Farahi. Dia study dekat Politeknik PD. In course Dip. Seni Bina.






Kami satu sekolah, tapi dulu kami selalu gaduh. Yang ni tak suka ni lah, tak suka yang tu lah! Dulu selalu nyumpat! haha.. Tapi kami jadi rapat sejak kami pergi Kem EA, Tanjung Piai.. Sejak kem tuh, kami always keluar lepak sama-sama. Sampai lah sekarang! Bila sorang takde, rasa mcm tak lengkap! Mereka kesayangan saya!

credit!




Mereka berdua kawan rapat sejak kem EA jugak.. diaorang masa tuh Sekolah Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nenas.! Aku always, story dekat yang baju blueblack tuh masalah aku. Sebenarnya ada lagi warga pekan, tapi dengan dyorang yang lain kami tak rapat..

PN vs AB





Whole family aku dekat Politeknik Muadzam Shah, Pahang!

Mereka berempat bagaikan nyawa aku! Mereka lah teman rapat, tak kira susah atau senang! 










Pesan Dari Hati,
Kepada mereka-mereka yang lain. Kamu juga adalah temanku! 



ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ