Sunday, April 1, 2012

Dan Jika Langkah Ini Tak Mampu Aku Teruskan Lagi

Dan jika langkah ini masih aku mampu susun untuk berjalan mencari kebahagian itu,.. Di kegelapan malam, di kesepian hari mencari suratan sebuah jawapan..Jawapan dimana jalan manakah harus aku ikuti..Dan akan aku pastikan, langkah seterusnya aku kuat..


Dan jika langkah ini tak mungkin aku teruskan lagi, bila aku lumpuh dan lemah, lalu terjatuh dan tersungkur, biarkan saja..Biarkan saja aku jatuh dan rebah, jangan ada tangan yang menghulur, jangan ada mata yang memandang sinis,. Aku tidak mahu kamu melihat, melihat segala derita dan kesengsaraan ku..Biar aku sendiri menghadapi segala derita itu..


Andai tiada lagi langkah itu, biarlah aku disini..terus disini tanpa sesiapa pun..Hilang sejenak kasih membuat diri sepi, biarlah terus begini..Semoga kesepian itu ada jawapan nya kelak..
ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

No comments:

Post a Comment