Tuesday, June 12, 2012

Mata Hati | Cinta

Aku terlalu menyayangi hingga aku menutup mata hati aku daripada melihat kasih sayang orang lain. Maaf! Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Sampai bila aku mahu hidup dalam kesedihan, kepedihan, air mata! Cukup, aku tidak mampu lagi. Angin, bawalah pergi segala kedukaan! Terbangkan lah segala memori! Segalanya! Harus sampai bila aku mahu membutakan mata hati aku daripada melihat kasih sayang orang lain yang menyayangi aku. Sampai bila aku mahu melukakan hati nya. Aku tidak mahu dia merasakan apa yang aku rasa. Seksa mencintai. Bagi aku, setia itu menyakitkan! Itu definisi bagi aku! Hak aku! Terpulang pada kalian untuk menghuraikan definisi masing-masing. Kita punya cerita berbeza. Aku mahu bahagia, seperti mereka! Aku mahu keluar dari dibelenggu rasa sedih pedih ini! Aku letih meratap! Ye, aku letih! Hingga kan tiada lagi air mata yang mampu mengalir lagi. Oh, seksa nya jiwa!


Terima kasih Tuhan, kerana menyedarkan aku! Masih luas terbentang lagi perjalanan hidupku. Cuma pintaku, biarlah segala rasa cinta itu tersemat rapi dilipatan hati. 

Pada kalian, mungkin aku terlalu muda untuk berbicara soal ini. Tapi muda bukan bererti aku tidak matang! Aku punya fitrah yang di anugerahkan ALLAH untuk setiap manusia. 

"ALLAH menciptakan cinta. . .dan cinta itu fitrah manusia."



Dari Hati Mira :
Maaf, ini cerita aku. Hak aku! Maaf, entry agak beremosi.. :'(


ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

No comments:

Post a Comment