Tuesday, June 12, 2012

Kau Tahu Apa Makna Senyuman?

Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.

Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah". Kadang kala, senyum untuk menyembunyikan kedukaan.. 

Menurut kajian sains, semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).


Bagi pemahaman aku pula, senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum lah, kerana senyuman itu umpama penawar hati dikala duka. Ia tidak terdapat dimana mana, tidak mampu dibeli. Diri kita sendiri yang mampu melahirkan senyuman. Kadang kala, dengan senyuman kita mampu menyembunyikan kedukaan hati.

"Faking a smile is the most painful lie but the most effective way to hide from all the questions."


"The prettiest smiles hide the deepest secrets. The prettiest eyes have cried the most tears. And the kindest hearts have felt the most pain."


Dari Hati Mira :
Senyumlah, semoga hari-hari mendatang ada sinar bahagia. 


ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

No comments:

Post a Comment