Thursday, March 14, 2013

Tabahlah hati, Kuatlah semangat

Assalamualaikum semua.

Aku mencari sedikit masa untuk menulis entry ini. Mencari sedikit ketenangan untuk menari-narikan jari di keyboard.

7 March 2013, tarikh yang akan diingati sampai bila bila oleh segenap ahli keluargaku. Tarikh dimana mak kehilangan suami tercinta dan aku adik beradik kehilangan ayah tercinta. Bapak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.10 pagi. Saat kaki menapak masuk kedalam rumah, aku lihat sebujur kaku jenazah arwah bapak. Saat itu aku cuma harap itu semua mimpi. Aku lihat wajah sendu mak, kakak-kakakku, dan abang. Ya allah, aku harap ini mimpi. Aku lihat mereka bawa keluar jenazah untuk dimandikan, aku lihat kain putih diukur, aku lihat mereka mengkafankan, aku lihat mereka menyembahyangkan. Sebelum muka ditutup, sayu lihat wajahnya buat kali terakhir. Aku cium dahinya buat kali terakhir. Ya allah, sebaknya dada.

Sayu.
Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan pada waktu Asar. Kaki berat untuk meninggalkan bapak sendirian disana. Aku lihat mereka memasukkan keranda kedalam lubang kubur, aku lihat mereka menimbus tanah. Hilang. Terus hilang penglihatan aku dari melihat jenazah bapak! Hati meraung! Ya allah!

Terkilan.
Ya, terkilan sebab tak sempat jumpa bapak last week. Buat aku lagi terkilan bila mak cerita bapak tanya mana aku!

Mimpi.
Mimpi jadi kenyataan. Dan itu merupakan petunjuk. Dua kali mimpi buruk tp masih abaikan mungkin hanya mainan tidur tp akhirnya ia adalah sebuah kenyataan.

Gurauan.
Masa hayatnya, arwah bapak selalu bergurau dengan jiran sebelah iaitu Wak Timah yang aku anggap seperti nenek aku sendiri. Mereka selalu bergurau untuk meninggal sama-sama, dan kuburnya bersebelahan. Ternyata gurauan itu benar. Mereka menghembuskan nafas pada hari yang sama, dan kubur mereka bersebelahan. Cuma berbeza pada waktu yang berlainan. Ya allah, itu semua kuasaMU.

Hari ini genap seminggu arwah bapak dan arwah wak timah pergi meninggalkan kami. Aku masih terkesan dengan peristiwa ini. Kuatkan hati.

Terima kasih buat sahabat susah senang. Terima kasih atas doa yang tak putus putus dari kalian. Terima kasih atas segala kekuatan dan semangat yang dihulurkan. Sahabat dunia akhirat.

Maaf atas kebekuan diri ini. Perlukan masa untuk tenangkan diri dan kembali macam dulu. Maaf.




Pusara Ayahanda
Ya Allah, kau tempatkan lah Ayahandaku dikalangan orang orang yang beriman.


AL-FATIHAH KEPADA

AYAHANDA TERCINTA
ALLAHYARHAM SARUN BIN SARU
21/04/1942 - 07/03/2013

&

ALLAHYARHAMAH HJH FATIMAH





p/s : aku rindu! :'(


ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

4 comments:

  1. tabah kn hati...kuat kn semangat ye deq...selalu doakan dia di sne...akak sentiase ade di sisi wlw jarak yg memisahkan kite...

    ReplyDelete
  2. tabah kn hati...kuat kan semangat ye deq...

    ReplyDelete
  3. aku kagum melihat ketabahan kau 'cousin'...
    semoga arwah wak dicucuri rahmat.. AMIN..
    JGN LUPE , walaupun wak da xde, tp keluarga kite sentiase ade dblkg kau dan keluarga kau... life must go on! love you cuzzy..
    AL-FATIHAH untuk arwah..

    ReplyDelete