Wednesday, May 23, 2012

Aku, Dia & Result

Aku

Masih tercari-cari arah kehidupan. Aku hanya gadis biasa yang mahukan kebahagian dalam hidup dan mencapai apa yang di impikan dalam kehidupan. Masih tidak aku menyangka, tahun ini  aku sedikit kecundang untuk meneruskan hidup. Ye, dugaan datang bertimpa. Aku sendiri tidak menyangka semua itu bakal terjadi pada aku. Kala aku hilang arah, kala aku hilang semangat diri, kala aku kecundang dengan esak tangisan, tiada kamu disamping aku. Tapi, aku bersyukur masih punya rakan yang sentiasa bersama aku. Walau jauh di lubuk hati, aku perlukan kamu. Harus aku akui detik ini, kala ini, kau bukan milikku lagi. Kita pilih jalan hidup berbeza, kamu dengan duniamu, dan aku dengan duniaku. Ye, dunia ku kosong tanpa mu. Tapi, harus aku kuat untuk bangkit daripada jatuh. Dengan bantuan rakan tersayang, Ama, Miera, Meen. Terima kasih rakan! Dan kini, aku masih berjalan mencari arah kehidupan, terus berjalan mencari kebahagiaan diriku. Semoga suatu hari nanti, bahagia itu ada untuk aku. Semoga aku lebih tenang meniti kehidupan. Amin!


Dia

Dia. Seorang yang aku rasa lain daripada yang lain. Seorang yang penyayang, mengambil berat. Dan ada perkara yang istimewa dalam diri dia yang membuatkan aku selesa bersamanya. Aku rindu gelak tawanya, aku rindu gurau sendanya, aku rindu amarahnya, aku rindu nasihatnya, aku rindu segalanya. Tapi semua itu terlalu mustahil untuk kembali lagi. Terima kasih kerana mengajar aku erti setia, mengajar aku erti bahagia, mengajar aku erti pengorbanan, mengajar aku erti duka. Semoga kau bahagia, itu doaku buatmu disana. Amin!


Result

Hari Jumaat bersamaan 18 May 2012, result Poli keluar *sebenarnya keluar 21 May*. Dengan rasa berdebar-debar tahap kronik pesakit jantung aku check result dengan berbekal kan senjata doa tak putus dihati. Bila laman web tu sedang loading pusing-pusing macam roller coaster, aku tutup mata! *takut punya pasal* ..Erghh, mesti teruk sem ni..oh,takutnya kalau pointer turun! *syaitan hasut dalam hati*


Tapi Alhamdulillah, *celik mata dah*


Walaupun tak dapat dean list, aku dah bersyukur dengan result nieyh! Aku puas hati dengan hasil usaha aku dalam menyiapkan segala studio work dan project! Graph keputusan aku meningkat daripada sem lepas, harap sem akan datang meningkat lagi. Terima kasih buat family, dan juga rakan- rakan yang bersama- sama dalam menyiapkan tugasan! Congratulation for you,friend!







Dari Hati Mira,
Whatever I do, I do for my life. Wassalam.




ღSharing Is Caring, Caring Is Lovingღ

2 comments:

  1. macam nak makan je belog nie . pokadotdot dengan warna feveret saya . lagu pun best . and saya follow awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..jangan lah makan..nanti dah takde tempat nak menulis..heee :))..thank follow.. nice to know you sweety ;D

      Delete